Penyerang Real Madrid, Karim Benzema, berharap dia akan mendapat peluang sekali lagi bermain untuk Zinedine Zidane -- seolah-olah memberi maksud bekas bos Santiago Bernabeu itu akan ke pasukan kebangsaan Perancis.

Pengumuman mengejut Zidane muncul lima hari selepas Madrid mengalahkan Liverpool 3-1 untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah ketiga berturut-turut.

Benzema sudah lama dipertahankan Zidane walaupun ketika tempoh hambarnya, dengan penyerang itu menjaringkan gol pembukaan di Kiev ketika memanfaatkan kesilapan penjaga gol Liverpool, Loris Karius.

Pemenang Piala Dunia 1998 itu telah disebut-sebut akan menjadi jurulatih Perancis oleh penyandang, Didier Deschamps, dan Benzema -- diketepikan skuad kebangsaan sejak 2015 -- dengan tidak sengaja membayangkan kemungkinan akan bertemu semula dengan Zidane.

"Saya tidak senang bermain dengan kamu tetapi saya sungguh berbangga dapat memiliki kamu sebagai jurulatih," tulis Benzema di Twitter.

"Jadi, saya benar-benar berterima kasih di atas semua yang kamu lakukan untuk saya.

"Semoga maju jaya dengan apa sahaja yang akan datang untuk kamu, dan mungkin saya akan berjumpa dengan kamu tidak lama lagi, Insya-Allah."

Deschamps melanjutkan kontraknya bersama Perancis sehingga 2020 tetapi kedudukannya mungkin terancam jika skuad Les Bleus tidak beraksi baik dalam Piala Dunia 2018.