Muller akui gelaran Bundesliga paling bermakna dengan Bayern

Muzaffar Musa
Jun 28, 2020 02:32 MYT
Thomas Muller mengakui kejuaraan Bundesliga musim ini merupakan yang paling istimewa, di mana dia terpaksa berjuang untuk merebut kembali tempatnya dalam pasukan utama Bayern Munich.
Muller dan rakan sepasukannya menjulang trofi itu malam tadi selepas menamatkan aksi terakhir liga musim ini dengan kemenangan 4-0 ke atas Woflsburg di Arena Wolkswagen.
Pemain berusia 30 tahun itu menjadi watak penting dalam memastikan Bayern menjulang kejuaraan buat kali kelapan berturut-turut dengan merakamkan lapan gol selain melakar rekod baru Bundesliga dengan 21 bantuan jaringan.
Bagaimanapun, Muller hanya bermula dalam separuh daripada 10 perlawanan terakhir di bawah kendalian Niko Kvac sebelum kembali menjadi sandaran utama yang dipertaruhkan pengendali baru, Hansi Flick.
Peningkatan prestasi itu membantu Muller untuk menandatangani kontrak baru sehingga April depan.
"Musim luruh bukannya mudah -- baik buat kelab ini atau diri saya sendiri," katanya kepada Sky.
"Jadi, selepas kejuaraan pertama saya, gelaran kali ini adalah yang paling istimewa, paling menegangkan dan paling beremosi.
"Anda dapat lihat pemain muda sudah mula mendengar apa yang anda katakan.
"Saya tidak mahu menyebutnya sebagai satu kebanggaan tetapi orang lain mungkin akan melihatnya seperti itu," katanya.
Bundesliga merupakan liga utama pertama di Eropah yang menyambung semula saingan mereka bulan lalu selepas direhatkan berikutan pandemik Covid-19.
Bayern tidak terjejas dengan tempoh rehat itu apabila memenangi kesemua sembilan baki perlawanan untuk dinobatkan sebagai juara.

Most goals: 3️⃣4️⃣ Most assists: 2️⃣1️⃣ No better duo in ⚽️#MEI8TER pic.twitter.com/Jb0nv6ZYlk

— ?? FC Bayern US ?? (@FCBayernUS) June 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bundesliga #Bayern Munich #Thumas Muller