David Moyes mendakwa beliau menerima tawaran daripada beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi memilih untuk kekal bersama West Ham.

Moyes dilantik berkhidmat di Stadium London pada November lalu selepas kelab memecat Slaven Bilic dan membantu pasukan untuk kekal dalam EPL.

Tetapi pengendali kelahiran Scotland itu, yang gagal membantu Sunderland kekal dalam saingan EPL musim lalu, telah mula menerima tawaran daripada kelab lain.

"Saya boleh menyertai kelab EPL yang lain tetapi saya memilih untuk kekal bersama West Ham," kata Moyes.

"Selain musim lalu, ketika saya bersama kelab EPL, saya sentiasa membantu pasukan bersaing dalam kelompok enam terbaik. Saya pernah mengalaminya dan mengetahui cara untuk memastikan kelab berada dalam saingan tersebut."

West Ham berdepan kritikan dengan cara kelab itu memanfaatkan jendela perpindahan Januari, dengan Jose Fonte, Diafra Sakho dan Andre Ayew meninggalkan kelab dan Jordan Hugill, Patrice Evra dan pemain pinjaman, Joao Mario, menyertai The Hammers.

Tetapi Moyes tidak bersetuju dengan penilaian negatif itu.

"Saya berasakan West Ham memiliki jendela perpindahan Januari yang terbaik berbanding mana-mana kelab EPL kerana kami menjual tiga pemain dan meraih keuntungan dan membeli seorang pemain.

"Kami mendapatkan pemain dan meraih keuntungan, malah kami juga kekal dalam EPL."