David Moyes menggesa West Ham agar terus menyalakan impian mereka untuk menghuni tangga empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), satu pencapaian yang mampu menjadi detik paling manisnya sebagai pengurus.

Kelab London itu kini menguasai kedudukan keempat EPL sebelum menjadi tuan rumah kepada kelab tempat ketiga, Leicester City, dalam pertemuan getir malam esok.

Menurut laporan, Michail Antonio akan terlepas kempen musim ini, sebaliknya Moyes mengesahkan penyerang itu sekadar mengalami hamstring.

Declan Rice turut diketepikan buat West Ham, yang bakal menghadapi pertaruhan besar dalam baki lapan perlawanan mereka, bermula menentang Foxes.

Leicester muncul pasukan terakhir di luar enam pasukan utama yang meraih kedudukan empat teratas pada 2016, untuk mengakhiri penantian 11 tahun Moyes ke pentas berprestij Eropah itu selepas pernah membawa Everton pada 2005.



Begitupun, Moyes berpendapat untuk mencapai misi empat teratas bersama West Ham akan menjadi lebih seronok daripada sebelum ini.

"Saya rasa akan menjadi perasaan yang lebih hebat lagi," katanya kepada Sky Sports.

"Saya sudah berada di Everton selama tiga tahun pada waktu itu, jadi ini akan menjadi pencapaian yang lebih besar memandangkan kami sudah dalam persaingan.

"Bola sepak Eropah bukan sesuatu yang baru bagi kelab ini tetapi akan menjadi yang baru pada era moden West Ham.

"Saya masih berasakan EPL memiliki cabaran yang sengit-- terdapat banyak pasukan yang cuba mengetuk pintu ini untuk melihat apakah mereka dapat masuk.

"Beberapa pasukan besar khuatir mengenainya memandangkan kami melihatnya dalam situasi dan perkembangan yang berbeza untuk memecahkan kelompok mereka.

"Kami menempuhi musim yang sangat baik saat ini, kami berusaha mempertahankannya dan kami tidak berselindung bahawa kami adalah orang luar.

"Tetapi kami juga yakin bahawa peluang kami sudah terbentang, jadi mengapa tidak kami berusaha menyerangnya sepenuhnya?

"Tahun lalu, kami harus memenangi perlawanan untuk kekal dalam EPL jadi kami semua berasakan beban ini sangat ringan dan tidak berat.

"Kami akan berusaha menanggung beberapa risiko, mencubanya dan melihat apakah kami dapat memenanginya. Tujuannya adalah untuk cuba menamatkan saingan di tangga atasan.

"Saya rasa kebanyakan orang tidak menjangkakan kami akan memenagi slot Liga Juara-Juara (UCL), jadi saya harap kami dapat melakukan sesuatu yang sangat mirip dengan apa yang dilakukan Leicester ketika mereka memenangi liga.

"Tiada siapa yang sangka mereka mampu memenanginya."

Liverpool vs Aston Villa. ? Join our Telegram channel: http://t.me/stadiumastro

Posted by Stadium Astro on Thursday, April 8, 2021