Jose Mourinho berkata dia bersedia menghadapi 'satu lagi Misi: Mustahil' selepas Roma menghidupkan semula semangatnya untuk bola sepak.

Bekas ketua jurulatih Inter, Mourinho, kembali ke Serie A pada 2021-22 selepas dilantik Roma berikutan dipecat Tottenham April lalu.

Mourinho, yang membantu Inter meraih treble pada 2009-10, menggantikan Paulo Fonseca di Rom, di mana Roma tidak pernah memenangi Serie A sejak 2001.

Roma -- ketujuh dalam Serie A musim lalu -- tidak memperoleh sebarang kejuaraan sejak 2008 tetapi Mourinho bersedia untuk cabaran berikutan 'kesilapan' lalu dalam karier sebagai pengurus pasukan.

"Mereka benar-benar mahukan saya," kata Mourinho kepada GQ Portugal. "Sejurus saya meninggalkan Tottenham di sebelah pagi dan Roma menghubunginya tengahari itu. Mereka mahukan saya dan terdapat objektif yang mahu dicapai.

"Sesuatu yang telah saya rasakan sepanjang di Itali adalah semangat itu kembali hadir, khususnya di sekitar Roma, sebuah kelab yang tidak memenangi piala dalam tempoh 20 tahun.

"Ini adalah pemilik baru, yang mempunyai pendekatan yang sangat rendah hati dengan cara mereka menyedari bahawa ini adalah pengalaman baru mereka yang luar biasa, di mana mereka memerlukan pertolongan daripada seseorang dengan pengalaman luas."

A post shared by Jose Mourinho (@josemourinho)