Mourinho puji wira Roma Tammy Abraham jinakkan Fiorentina

Shaiful Shamsudin
Ogos 23, 2021 07:25 MYT
ROMA 3 FIORENTINA 1
Jose Mourinho memuji Tammy Abraham sebagai tonggak pentingnya selepas penyerang itu mencipta dua bantuan gol ketika Roma mengalahkan Fiorentina 3-1, sebentar tadi.
Jaringan pembukaan Henrik Mkhitarayan sempat dibatalkan Nikola Milenkovic tetapi gol berganda Jordan Veretout memastikan tiga mata untuk menceriakan kepulangan Mourinho ke Serie A.
Abraham meraih dua keuntungan daripada dua video bantuan pengadil (VAR) atas gerakan gol pasukannya -- yang pertama untuk Mkhitaryan sebelum membuka ruang buat Veretout untuk mencetak gol pertamanya.
Bekas penyerang Chelsea itu, yang hanya sekali mencipta gerakan gol dalam 42 perlawanan untuk The Blues, terpilih untuk membarisi skuad utama berbanding Eldor Shomurdouv sebelum digantikan dalam 20 minit terakhir.
"Bukan mudah untuk meninggalkan seseorang di bangku simpanan, tetapi Shomurodov mampu beraksi di sebelah kiri, dia juga mampu menjadi penyerang termasuk Tammy (Abraham)," kata Mourinho kepada DAZN pasca perlawanan.
"Pada masa ini, tiada seorang pun daripada mereka berada dalam keadaan yang sama dengan pemain yang terlibat dalam latihan pra-musim sejak hari pertama, jadi saya bercadang untuk menggunakan Lorenzo Pellegrini untuk mengisi bahagian pertahanan.

5 - Prior to Henrikh #Mkhitaryan, the last AS Roma midfielder to have scored in five or more consecutive Serie A games was Erik Lamela, in November 2012 (6). Fury.#SerieATIM #RomaFiorentina pic.twitter.com/iHROQ2ANzR

— OptaPaolo ? (@OptaPaolo) August 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia adalah pemain penting, dengan ruang yang ada saya fikir ia di dalam genggaman Abraham.
"Shomurodov sangat berbahaya ketika menyerang ruang itu sementara Tammy pula lebih banyak menjadi titik rujukan permainan. Walaupun dia tidak keletihan, saya tetap bertindak membuat penggantian beberapa minit kemudian.
"Kami mempunyai ramai pemain dengan ciri berbeza di jentera serangan, tetapi pada masa ini apa yang saya suka adalah semangat, organisasi pertahanan. Bagaimanapun, Fiorentina menjadikannya sangat sukar buat kami."
Dengan kemenangan itu, Mourinho muncul pengurus terpantas untuk mencapai 50 kemenangan Serie A (77 perlawanan) sejak era tiga mata diperkenalkan pada 1994-95.
Bekas pengurus Manchester United itu juga merupakan yang terpantas untuk mencapai kejayaan dalam Liga Perdana Inggeris (63 perlawanan) dan LaLiga (62 perlawanan).
#Roma #Serie A