Mourinho optimis Spurs akan peroleh penyerang baru

Ammar Hakim
September 30, 2020 22:33 MYT
Pengurus Tottenham, Jose Mourinho, optimis dia akan mendapat penyerang baru dalam skuadnya menjelang penghujung jendela perpindahan, Isnin hadapan.
Spurs dilaporkan dalam usaha mendapatkan khidmat seorang lagi penyerang bagi membantu Harry Kane selepas dikaitkan dengan beberapa pemain di serata Eropah
Mourinho berharap kelab dapat memeterainya, tetapi apa jua keputusannya, dia kekal kagum dengan sokongan kelab sepanjang jendela kali ini, dengan Gareth Bale, Sergio Reguilon, Pierre-Emile Hojbjerg dan Matt Doherty antara yang telah menyertai pasukan.
Ditanya jika penyerang baru akan menyertai Spurs, Mourinho berkata, "Saya optimis, tetapi saya lebih berasakan kelab sedang berusaha dengan sebaik mungkin.
"Kelab ini dan struktur yang telah dibentuk akan cuba untuk melakukan yang terbaik. Jika kami berjaya, bagus, saya percaya dan jika kami tidak, ia adalah sebahagian daripada bola sepak."

⭐ ⭐ ⭐ ⭐ ⭐ A five-star penalty shootout ?#THFC ⚪️ #COYS pic.twitter.com/epE69GZeYG

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) September 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bercakap menjelang aksi berdepan Maccabi Haifa dalam aksi playoff Liga Europa awal pagi Jumaat ini, Mourinho turut memberikan pujian kepada pemain tengah, Tanguy Ndombele.
Dibawa masuk musim lalu, Ndombele pada mulanya bergelut tetapi telah mula mempamerkan kemampuannya dan membintangi aksi Piala EFL ketika mengatasi Chelsea menerusi penentuan penalti.
"Tanguy telah bermain dengan cemerlang," kata Mourinho. "Saya sangat, sangat gembira.
"Anda dapat melihat kegembiraannya. Dia perlu bermain dengan lebih baik secara fizikal dan dia akan beraksi dengan cemerlang."