Zlatan Ibrahimovic percaya jika Manchester United gagal untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik, ia akan mengecewakan pengendali pasukan, Jose Mourinho.

Bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu diangkat selaku pemain yang berpengaruh buat United musim ini dengan menjaringkan 27 gol dalam semua pertandingan tetapi bergelut untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara (UCL), musim hadapan.

Menjelang pertemuan berdepan Sunderland, skuad kendalian Mourinho ketinggalan tujuh mata kepada penghuni tangga keempat, Manchester City, tetapi Ibrahimovic mempertahankan pengurusnya di atas musim pertama yang mengecewakan.

"Saya berasakan Mourinho telah memberikan yang terbaik buat United," katanya.

"200 peratus. Jika kami cukup baik untuk menjadi nombor satu, kami sudah berada di takhta liga.

"Beliau masih memiliki mentaliti kemenangan yang sama.

"Saya amat mengenali dirinya. Beliau adalah pengurus bersifat telus.

"Pada separuh masa ketika bertemu Everton, beliau memberitahu bahawa kami bermain tidak cukup baik. Kami harus mendengarnya kerana ia adalah perkara yang benar.

"Ia tetap satu kekecewaan walaupun menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik kerana kali terakhir saya tidak memenangi takhta liga adalah pada tahun 2012 ketika Milan menamatkan saingan di tempat kedua."