Jose Mourinho menyatakan Roma akan menghasilkan skuad yang berkualiti setelah mencatat kemenangan kedua berturut-turut di Serie A ketika mengatasi Salernitana 4-0.

Skuad kendalian Mourinho meneruskan rentak cemerlang selepas menundukkan Fiorentina 3-1 sebelum kemenangan bergaya awal pagi tadi -- ia merupakan kali pertama sejak era 1970an mereka menghasilkan sekurang-kurangnya tujuh gol dalam dua perlawanan pembukaan Serie A.



Ia juga kali pertama mereka memulakan musim Serie A dengan dua kemenangan kemenangan berturut-turut sejak kempen 2014-15. Mereka diinspirasikan oleh Henrikh Mkhitaryan yang melakar satu lagi assist dan kini terlibat dalam lapan gol dalam enam perlawanan utama bagi kelab.

Mourinho, merupakan jurulatih ketiga memenangi dua perlawanan pertama Serie A bersama Roma, berpuas hati dengan peningkatan dipamerkan pasukannya.

"Tidak mungkin tidak menang, saya tenang dari minit pertama kerana pasukan bermain dengan sangat baik," kata Mourinho kepada DAZN.

"Saya tiba dengan gembira di Roma, saya gembira dapat kembali ke Itali dan dalam pasukan dengan penyokong yang penuh bersemangat.

"Saya tidak mahu terlalu banyak waktu dan ketenangan, ini bertentangan dengan sifat saya. Ini bukan masanya untuk menamatkan saingan di tempat ketujuh atau kelapan, saya ingin mempercepat proses pertumbuhan pasukan ini.

"Kami membina kumpulan yang baik, saya tidak mengatakan bahawa saya ingin mempunyai lebih banyak kualiti, tetapi lebih banyak pengalaman.

"Saya memerlukan skuad dan pasukan yang berada di atas padang, ada pasukan yang lebih kaya daripada pasukan kami tetapi saya bekerja dengan baik."