Mourinho bimbang kegagalan Spurs noktahkan kemenangan

Ammar Hakim
Disember 28, 2020 03:41 MYT
Jose Mourinho bimbang ketidakupayaan Tottenham untuk menoktahkan kemenangan selepas mereka sekali lagi kehilangan mata di penghujung perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan seri 1-1 dengan Wolves.
Spurs mendahului 1-0 awal pagi tadi hasil jaringan Tanguy Ndombele, tetapi mereka sekadar melakukan dua lagi percubaan tepat ke arah gol bagi baki perlawanan, yang terakhir terhasil pada minit ke-21.
Wolves mempamerkan aksi yang lebih cemerlang dalam separuh masa kedua sebelum menyamakan kedudukan menerusi Romain Saiss.
Ia menyaksikan Spurs telah kehilangan sembilan mata pada baki 10 minit terakhir, lebih banyak daripada mana-mana pasukan EPL.
Ketika Mourinho menerima ia merupakan satu kebimbangan, ketua jurulatih itu berasakan apa yang lebih membimbangkan adalah Spurs gagal menoktahkan perlawanan selepas gagal merekodkan kemenangan dalam empat perlawanan -- tiga daripadanya mereka telah meledak gol terlebih dahulu.
"Semestinya ia adalah satu kebimbangan. Tetapi saya ulangi, apa yang lebih membimbangkan adalah kami gagal mematikan perlawanan," katanya.

9 - Spurs have dropped nine points in 2020/21 with goals conceded in the last 10 minutes of matches, the most of any side in the Premier League. Slip. #WOLTOT pic.twitter.com/odfDFki8vC

— OptaJoe (@OptaJoe) December 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Walaupun bertahan dengan baik, di mana kami melakukannya sebagai satu pasukan, ia tidak memadai. Ia akan cukup jika kami menjaga sepakan sudut twerakhir, kami akan menang 1-0 dan mungkin anda akan bertanyakan soalan yang berbeza."
#Jose Mourinho #Tottenham Hotspur #Harry Kane #Wolves #Heung-Min Son #EPL