Moukoko turun dalam kesebelasan utama Dortmund pada usia 16 tahun

Muzaffar Musa
Disember 16, 2020 02:37 MYT
Youssoufa Moukoko buat julung-julung kalinya disenaraikan dalam kesebelasan utama Borussia Dortmund ketika perlawanan menentang Werder Bremen dalam Bundesliga awal pagi tadi.
Edin Terzic mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih skuad BVB itu bagi menggantikan Lucian Favre, yang dipecat selepas kekalahan memalukan 1-5 kepada Stuttgart di laman sendiri hujung minggu lalu.
Terzic, yang akan mengemudi pasukan itu sehingga hujung musim ini, berjanji akan mempamerkan corak menyerang dalam sidang media sebelum perlawanan dan mengotakan janjinya itu berdasarkan pemilihan pemain utama.
Pemain berusia 16 tahun, Moukoko, diberikan tanggungjawab selaku penggempur utama susulan kecederaan yang dialami Erling Haaland sebelum digantikan dengan Emre Can pada minit ke-80.
Sebelum ini, pemain muda itu telah melakukan lima penampilan selaku pemain gantian -- empat dalam Bundesliga dan satu dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL), untuk menjadi pemain termuda diturunkan beraksi dalam kedua-dua kejohanan itu.
Dalam perlawanan awal pagi tadi, Dortmund memperoleh kemenangan 2-1 hasil jaringan Raphael Guerreiro dan Marco Reus.

? BVB STARTING XI VS. BREMEN ? pic.twitter.com/RHG9vQHhi1

— Borussia Dortmund (@BlackYellow) December 15, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Borussia Dortmund #Werder Bremen #Bundesliga #Youssoufa Moukoko