Penyerang muda berbakat itu melakukan rembatan kencang dalam kawasan penalti untuk menyamakan kedudukan buat Dortmund selepas Taiwo Awoniyi meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-57.
Jaringannya terbukti masih belum mencukupi buat Dortmund apabila Marvin Friedrich kembali meletakkan Berlin di depan untuk memastikan kemenangan 2-1 tetapi pada usia 16 tahun dan 28 hari, Moukoko mencipta satu sejarah baru dalam liga divisyen utama Jerman itu.
Dia mengatasi rekod milik pemain muda Bayer Leverkusen, Florian Wirtz, yang berusia 17 tahun sebulan dan tiga hari ketika menjaringkan gol Bundesliga pertamanya pada Jun lalu.
16 years and 28 days old ?
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) December 18, 2020
Youssoufa #Moukoko is the youngest goalscorer in Bundesliga history!
#FCUBVB 1-1 pic.twitter.com/bRK7s0Om6N
Moukoko sebelum ini menjadi pemain termuda diturunkan dalam Bundesliga ketika dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Hertha Berlin bulan lalu.
Dia kemudian buat kali pertama dinamakan dalam kesebelasan utama Dortmund ketika menewaskan Werder Bremen 2-1, Rabu lalu.
Awal bulan ini, Moukoko turut mencipta sejarah sebagai pemain termuda membuat penampilan dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Dia dimasukkan sebagai pemain gantian pada usia 16 tahun dan 18 hari ketika pasukannya menewaskan Zenit 2-1.