Maverick Vinales memulakan musim 2021 dengan cemerlang apabila merangkul kemenangan dalam perlumbaan sulung ketika bermula dari petak kelima dalam saingan MotoGP di Grand Prix Qatar.

Pelumba petak pertama, Francesco Bagnaia, gagal meninggalkan barisan pelumba di permulaan saingan, di mana melibatkan Johann Zarco (Pramac Racing) dan rakan sepasukan jentera Ducati, Jack Miller.

Dengan juara bertahan, Joan Mir -- bermula di petak ke-10 -- dan rakan penunggang dari Suzuki, Alex Rins, bergelut mengikut rentak, pelumba Monster Yamaha, Vinales, yang berjaya mengorak langkah.

Di petak kelima dengan berbaki 15 pusingan, Vinales berjaya mengekori rapat Bagnaia ketika berbaki tujuh pusingan.

Selepas beberapa percubaan, Vinales akhirnya menemui ruang sebelum memintas sekaligus mendahului saingan.


Pelumbaan Bagnaia bertambah teruk apabila dia gagal mengekalkan rentak hingga hilang kedudukan podium.

Zarco dan Mir bersaing untuk mendapatkan tempat kedua, dan juara tahun lalu berjaya pada pusingan terakhir bagi memastikan dia turut bermula cemerlang dalam perlumbaan sulung musim ini.

Fabio Quartararo menamatkan saingan dalam kelompok lima terbaik, dengan rakan sepasukan Mir, Rins di tempat keenam.

10 Terbaik

1. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha)
2. Johann Zarco (Pramac Racing) +1.092
3. Francesco Bagnai (Ducati) +1.129
4. Joan Mir (Suzuki Ecstar) +1.222
5. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) +3.030
6. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +3.357
7. Aleix Espargaro (Aprilia) +5.934
8. Pol Espargaro (Repsol Honda) +5.990
9. Jack Miller (Ducati) +7.058
10. Enea Bastianini (Esponsorama Racing) +9.288