MotoGP: Marquez terlepas GP Valencia gara-gara masalah penglihatan

Muzaffar Musa
November 10, 2021 02:42 MYT
Marc Marquez akan terlepas perlumbaan Grand Prix Valencia hujung minggu ini selepas mengalami masalah penglihatan.
Pelumba Repsol Honda itu tidak menyertai GP Algarve hujung minggu lalu selepas mengalami kemalangan dalam sesi latihan yang menyebabkan gegaran di kepalanya.
Juara MotoGP enam kali itu kini disahkan tidak akan menyertai perlumbaan penutup musim di Valencia dan sesi ujian di Jerez pada 18 dan 19 November ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengenai pelumba Sepanyol itu, Repsol Honda berkata: "Pelumba pasukan Repsol Honda itu tidak akan mengambil bahagian dalam GP Valencia hujung minggu ini atau dalam Sesi Ujian IRTA Jerez pada 18 dan 19 November ini.
"Selepas Marc Marquez menjalani pemeriksaan kesihatan di Dexeus Clinic di Barcelona Selasa lalu, selepas dia terjatuh sewaktu sesi latihan off-road, pelumba itu direhatkan di rumahnya di Cervera sepanjang minggu ini.
"Sepanjang waktu rehat itu, Marc masih tidak sihat dan mengalami masalah penglihatan dan disebabkan itu, dia berjumpa dengan pakar oftalmologi, Dr. Sanchez Dalau di Clinic de Barcelona, yang memeriksa dan menjalankan ujian ke atasnya, yang kemudian mendapati bahawa dia mengalami diplopia."

These are hard moments, it seems that when it rains, it pours. After visiting Dr. Sánchez Dalmau, a new episode of diplopia (double vision) was confirmed like 2011. We need patience but if I have learned one thing it's to face adversity with positivity. Thanks for your support!?? pic.twitter.com/bRN5yop37u

— Marc Márquez (@marcmarquez93) November 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#motoGP #Marc Marquez #Sukan Permotoran #Repsol Honda