Moses: Kami harus kekalkan momentum ini sehingga penghujung musim

Joe Wright
November 20, 2016 16:30 MYT

MIDDLESBROUGH 0 CHELSEA 1

Victor Moses mahu Chelsea terus menungguli takhta liga sehingga penghujung musim Liga Perdana Inggeris selepas meraih tiga mata penuh ke atas Middlesbrough pada Ahad.
Jaringan Diego Costa yang ke-10 musim ini memberikan kemenangan keenam berturut-turut buat skuad kendalian Antonio Conte untuk memintas Liverpool dan Manchester City.
Pemain terbaik perlawanan, Moses menggesa pasukannya untuk meneruskan momentum ini sehingga penghujung musim.
"Saingan Liga Perdana Inggeris menjadi lebih sukar setiap musim, kami mahu memastikan terus berada di atas," kata Moses kepada Sky Sports.
"Saya sangat gembira kerana bermain dalam kesebelasan utama, saya hanya mahu menikmati permainan saya."

7 - Diego Costa telah menjaringkan tujuh gol dalam tujuh penampilan Liga Perdana Inggeris di tempat lawan. pic.twitter.com/J0oXR6aMwk

— OptaJoe (@OptaJoe) November 20, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.