AC MILAN 1 GENOA 0

Vincenzo Montella optimis dengan peluang AC Milan untuk merebut slot beraksi di Eropah musim hadapan selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Genoa, semalam.


Jaringan gol dalam separuh masa pertama daripada Mati Fernandez sudah memadai untuk menyaksikan Milan mengetepikan Genoa di San Siro.

Kemenangan itu membenarkan Milan menduduki tangga keenam Serie A, dua mata di belakang Inter, dan Montella yakin mereka mampu beraksi di Eropah musim hadapan jika memberi tumpuan kepada persembahan mereka.

"Saya yakin kami mampu beraksi di Eropah jika meneruskan prestasi ini," kata Montella.

"Kami bermain dengan baik. Sukar untuk kami mencari ruang dan perlu bersabar dalam perlawanan ini. Kami memiliki sekurang-kurangnya tiga atau empat peluang untuk menjaringkan gol dalam separuh masa pertama.

"Ini merupakan tiga mata yang berharga buat kami.

"Kami akan cuba mengulangi kejayaan ini dalam perlawanan akan datang."