Monaco terpaksa padam Mbappe -- Kovac dedah taktikal Monaco atasi PSG

Ammar Hakim
Februari 22, 2021 02:33 MYT
Niko Kovac berkata Monaco terpaksa menutup pergerakan bintang Kylian Mbappe ketika dia mendedahkan bagaimana mereka mengejutkan juara Ligue 1, Paris Saint-Germain.
Monaco menjadi pasukan pertama mengatasi PSG dua kali dalam satu musim Ligue 1 sejak Nancy pada 2011-12 hasil kemenangan 2-0 di Paris.
Sofiane Diop membuka jaringan pada minit keeenam sebelum pertahanan Monaco, Guillermo Maripan menggandakan jaringan enam minit selepas separuh masa kedua bersambung.
Mbappe disenyapkan oleh penghuni tangga keempat liga, Monaco, yang kini dibezakan dua mata dengan PSG dan enam di belakang pendahulu liga, Lille selepas 26 perlawanan.

Doing the #Ligue1 double over #PSG How it started How it’s going pic.twitter.com/zQiYtCVkwq

— AS Monaco EN (@AS_Monaco_EN) February 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas tamat perlawanan, ketua jurulatih Monaco, Kovac memberitahu Canal+, "Saya sangat gembira dengan prestasi pasukan. Paris adalah pasukan yang hebat.
"Kami bermain baik selama 90 minit dan berhak untuk menang. Mereka kurang menghasilkan peluang. Saya perlu mengucapkan tahniah kepada pasukan.
"Perancangan kami? Kami perlu memadam Kylian Mbappe kerana dia penyerang yang berkualiti. Menyukarkan dirinya ketika mengawal bola dengan meletakkan tiga pertahanan untuk mengawalnya. Ketika bertahan, kami menunjukkan kemampuan Monaco, kerana kami tidak banyak dibolosi.
"Malam yang cukup indah, ini yang diperlukan pasukan. Kami berjaya mengatasi PSG buat kali kedua. Sekarang kami perlu berehat."

Boys deserve a few days off ? ????? #team ? #PSGASM pic.twitter.com/9HUQEyECmx

— AS Monaco EN (@AS_Monaco_EN) February 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PSG #Niko Kovač #Monaco #Kylian Mbappe #Ligue 1