Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric, memuji impak awal pengurus baru, Carlo Ancelotti.

Ancelotti kembali buat kali kedua di Real selepas memilih untuk menggantikan bekas ketua jurulatih, Zinedine Zidane.

Pengendali veteran dari Italianmahu mendapatkan pandangan terbaik dengan skuad dibarisi bintang berikutan pra-musim yang telah dimulakan sejak berakhirnya Euro 2020 dan Copa America.

Modric bersetuju dengan melanjutkan kontrak setahun lagi menjelang musim baru dan tidak sabar untuk turun beraksi di bawah kendalian Ancelotti.

"Sesi latihan pertama sangat bagus, saya sangat gembira dapat kembali," katanya menerusi Marca.

"Saya telah kembali dengan semangat yang tinggi dan ingin bekerja dengan baik pada musim ini.

"Saya sangat gembira melihat pelatih itu lagi setelah beberapa tahun. Ia adalah kegembiraan yang luar biasa.

"Dia adalah jurulatih hebat yang mempunyai banyak kejayaan di sini dan saya harap dia juga akan memperolehnya kembali.

"Real Madrid memilih untuk menunda permainan persahabatan mereka kerana sejumlah besar pemain masih belum bersama pasukan selepas komitmen di peringkat antarabangsa pada musim panas ini.

Ancelotti akan mengendalikan permainan pramusim pertamanya hujung minggu ini ketika mereka menuju ke Glasgow untuk menghadapi juara bertahan Liga Perdana Scotland, Rangers.