FULHAM 1 WATFORD 1

Aleksandar Mitrovic menafikan gol pembukaan Andre Gray untuk memastikan Fulham seri 1-1 dengan Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.


Selepas rekod tanpa kalah dileburkan Manchester United minggu lalu, pasukan pelawat berada di landasan untuk kembali meraih kemenangan selepas Gray menjaringkan gol pada minit pertama perlawanan.

Watford tidak bernasib baik kerana gagal menambah jaringan di atas persembahan cemerlang dalam babak pertama, dengan pengadil perlawanan, Martin Atkinson, menafikan sepakan penalti selepas Alfie Mawson menjatuhkan Will Hughes.

Bagaimanapun, Fulham mempertingkatkan persembahan selepas perlawanan bersambung, dengan tekanan yang berterusan akhirnya berhasil apabila Mitrovic menjaringkan gol kelima musim ini menerusi hantaran silang Luciano Vietto.