Newcastle United terpaksa beraksi dalam tiga perlawanan berikutnya tanpa khidmat Aleksandar Mitrovic yang telah dikenakan penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England.

Pemain antarabangas Serbia itu dikenakan tindakan semalam selepas didapati mengasari pemain West Ham, Manuel Lanzini menggunakan sikunya ketika pertembungan di St. James Park.

Newcastle memenangi perlawanan tersebut 3-0 dengan Mitrovic penyumbang gol ketiga pada minit ke-86 namun insiden membabitkan Lanzini sebelum itu mendatangkan masalah terhadap dirinya.

Insiden itu gagal mendapat perhatian pengadil, Neil Swarbrick namun telah dirakam dalam video.

Mitrovic bakal terlepas aksi berdepan Swansea City, Stoke City dan Brighton and Hove Albion.