Mitrovic bakal dikenakan tindakan

Penulis Jemputan
Ogos 29, 2017 23:34 MYT
Penyerang Newcastle United, Alesandr Mitrovic telah didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England ekoran mencetuskan kekerasan terhadap pemain West Ham, Manuel Lanzini.
Skuad kendalian Rafael Benitez melakar kemenangan 3-0 ke atas The Hammers, Sabtu lalu, dengan Mitrovic penyumbang gol ketiga pada minit ke-86.
Begitupun, dia kini mungkin terpaksa diketepikan selepas didapati mengasari Lanzini mengunakan siku, enam minit sebelum dia menyumbant gol, kekasaran yang gagal dikesan pengadil, Neil Swarbrick.
FA telah mengambil tindakan susulan selepas insiden tersebut telah dirakam, dan Mitrovic telah diberi masa sehingga 6 petang BST, hari ini untuk membalas dakwaan itu.