MISC-MIFA 2 KEDAH 2

Kedah semakin tertekan apabila sekadar seri 2-2 dengan MISC-MIFA ketika bertandang ke Stadium MBPJ dalam saingan Piala Malaysia, malam ini.


Jaringan pemain gantian, R. Barthkumar, pada minit ke-82 memastikan MISC-MIFA terus mencipta sensasi untuk memimpin Kumpulan C apabila berkongsi tujuh mata dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) sambil Kelantan tercorot.

Kedah seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan kesempatan lawan yang mengharungi permainan dengan 10 pemain sepanjang babak kedua setelah membuka tirai jaringan menerusi Sandro Da Silva.

Imam Seydi kemudian mengikat kedudukan perlawanan pada minit ke-52 sebelum Abdul Halim Saari kembali meletakkan Lang Merah di hadapan, empat minit kemudian.

Namun, MISC-MIFA mengambil langkah berani untuk mengatur asakan sehingga berhasil menghukum kealpaan benteng Kedah untuk meraih satu mata tatkala saingan peringkat kumpulan tinggal dua perlawanan lagi.

Keputusan lain:

MELAKA UNITED 6 PDRM FA 1