Penyerang Napoli, Arkadiusz Milik, dijangka berehat selama empat bulan selepas menjalani pembedahan lutut buat kali kedua dalam kariernya.

Pemain kebangsaan Poland itu mengalami kecederaan tersebut ketika membantu pasukan meraih kemenangan 3-2 ke atas SPAL.

Milik berhijrah ke Naples dari Ajax sebelum pembukaan musim lalu tetapi diketepikan pada Oktober sehingga Februari selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ketika beraksi untuk Poland.

Pemain berusia 23 tahun itu dirawat di Klinik Villa Stuart di Rome dan Napoli mengeluarkan kenyataan bahawa pembedahan harus dijalankan ke atas kecederaannya.

"Profesor Pier Paolo Mariani menyempurnakan pembedahan lutut kanan Milik di Klinik Villa Stuart.

"Tiada sebarang kerumitan yang berlaku dan pembedahan tersebut telah berjalan dengan lancar."

Milik telah menjaringkan tiga gol dalam tujuh penampilan untuk kelab dan negara musim ini di samping membantu Napoli mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.