Milan yakin julang Scudetto lebih berbanding Inter

Ammar Hakim
Mei 22, 2022 22:07 MYT
Stefano Pioli berkata kemenangan Scudetto Milan cukup bermakna kerana mereka lebih konsisten daripada Inter dan menunjukkan lebih kepercayaan daripada pesaing sengit mereka.
Milan menamatkan penantian 11 tahun mereka untuk menamatkan saingan Serie A dengan kemenangan 3-0 di Sassuolo awal pagi tadi, menjadikan kemenangan Inter di laman sendiri kepada Sampdoria dengan jaringan yang sama tidak bermakna.
Rossoneri menamatkan saingan dua mata di hadapan juara lama Inter untuk merebut trofi pertama mereka sejak Piala Super Itali 2016 kira-kira 1,976 hari lalu.
Anak buah Pioli memenangi lima perlawanan terakhir mereka dan 15 tanpa kekalahan untuk menyaksikan kempen, dengan pungutan terakhir mereka 88 mata terbaik kedua mereka dalam era tiga mata setiap kemenangan.
Dan selepas perebutan kejuaraan dengan Inter yang mengejer saingan sehingga ke perlawanan akhir -- kali pertama berlaku di Serie A sejak 2009-10 -- Pioli penuh dengan pujian untuk pemainnya.
"Mereka luar biasa," katanya kepada DAZN. "Saya gembira untuk mereka, untuk diri saya sendiri, untuk peminat, kelab. Scudetto ini membuatkan kita semua sangat gembira.
"Kami menunjukkan lebih konsisten berbanding Inter. Perlawanan terakhir yang kami tewas adalah menentang Spezia pada Januari dan walaupun begitu kami tidak sepatutnya kalah.
"Pasukan tidak pernah berputus asa; semua pemain adalah hebat. Kami layak sepenuhnya meraih Scudetto ini kerana kami lebih mempercayainya. Kami adalah pasukan yang kuat dan saya mempunyai satf yang hebat di sekeliling saya."

A new page in our glorious history ? Una nuova pagina nella nostra storia gloriosa ?#AlwaysWithYou #SempreMilan pic.twitter.com/iff51ZPBWE

— AC Milan (@acmilan) May 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.