AC Milan mengalami kerugian sebanyak £66.5 juta (RM342.6j) musim lalu di sebalik menamatkan penantian 11 tahun untuk menjulang mahkota Serie A.

Perkara itu disahkan kelab itu selepas Inter (RM637.3j) dan Juventus (RM1,1b) turut mendedahkan situasi serupa beberapa hari lalu.

Tetapi Rossoneri lebih beruntung apabila mengalami kerugian di bawah £100j (RM515.3j) berbanding musim sebelumnya.

Milan di samping seteru kota, Inter, dalam proses menggantikan San Siro. Lantas, mereka perlu mengambil langkah berjimat cermat dalam beberapa musim akan datang.

Skuad kendalian Stefano Pioli itu yang menduduki tangga kelima akan menyambung perjuangan mempertahankan Scudetto apabila bertandang ke Empoli, Ahad ini.