Pengarah Sukan AC Milan, Massimiliano Mirabelli, mengesahkan kelab itu tidak akan membenarkan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, meninggalkan pasukan pada musim panas ini.

Pemain berusia 18 tahun itu membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya yang bakal tamat pada Jun 2018, sekaligus menimbulkan persoalan sama ada dia akan dijual atau kekal di Milan pada musim ini.

Bagaimanapun, Mirabelli menegaskan penjaga gol muda itu tidak akan dijual sambil memberikan kuasa penuh buat pengendali, Vincenzo Montella, untuk sama ada memberikan Donnarumma peluang beraksi atau tidak.

“Donnarumma adalah pemain yang baik dan dia adalah pemain Milan.

“Ia adalah kuasa jurulatih untuk memilih siapa yang akan bermain,” ujar Mirabelli.

“Proses ini dilakukan bukan hanya kepada Donnarumma tetapi dijalankan kepada semua pemain,” tambahnya.