Hakan Calhanoglu memuji impak Zlatan Ibrahimovic di San Siro, berpandangan 'Milan sebenar' sudah kembali.

Sejak saingan bersambung bulan lalu, Milan kini tidak tewas dalam 11 perlawanan dan menghuni tangga keenam Serie A.

Ibrahimovic telah meledak lapan gol dalam 18 perlawanan sejak kembali ke Milan Januari lalu, dan pemain berusia 38 tahun itu dilaporkan akan melanjutkan kontraknya bersama kelab itu.

Calhanoglu memuji Ibrahimovic, memberitahu kepada Sky Sport: "Saya berasakan inilah Milan yang sebenar.

"Kami adalah pasukan yang sentiasa mahukan kemenangan, dengan mentaliti yang terbaik serta semangat. Zlatan telah membantu kami dan ia sangat penting buat pasukan.

"Tetapi kejuaraan masih belum berakhir dan kami sudah bersedia untuk musim hadapan."
Peningkatan Milan di bawah kendalian Stefano Pioli membenarkan jurulatih untuk melanjutkan kontrak sehingga 2022 di sebalik spekulasi mengenai masa depannya apabila pasukan dikaitkan dengan Ralf Rangnick.

Calhanoglu, yang bakal kehabisan kontrak tahun depan, gembira Pioli kekal bersama pasukan -– dan dia juga mahu kekal di Milan.

"Saya mahu kekal di Milan. Saya memilih pasukan ini dengan hati dan mahu terus menyarung jersi pasukan ini.

"Saya sangat gembira selepas masa depan Pioli telah disahkan. Dia juga mengharungi saat sukar sejak semua mula bercakap mengenai Rangnick."

Milan akan berkunjung ke Sampdoria bagi aksi Serie A awal pagi esok.