Milan menafikan laporan bahawa hubungan mereka dengan Mino Raiola telah menjadi keruh.

Kelmarin, penerbitan Itali, La Gazzetta dello Sport, Raiola yang menguruskan karier pemain bintang termasuk Zlatan Ibrahimovic, tidak terlibat dalam rundingan perjanjian baharu untuk kapten Rossoneri, Alessio Romagnoli.

Pertahanan tengah itu yang sedang merawat kecederaannya bakal menjadi ejen bebas di penghujung musim ini.

Gazzetta mendedahkan Milan sendiri yang memohon Romagnoli supaya tidak melibatkan wakilnya itu dalam perbincangan kontrak lanjutannya, dan hubungan di antara kelab dan ejen tersebut kononnya tegang berikutan pemergian Gianluigi Donnarumma secara percuma ke Paris Saint-Germain (PSG).

Bagaimanapun, Milan menegaskan perkara itu tidak berlaku menerusi Twitter:"Mengenai artikel yang diterbitkan oleh La Gazzetta dello Sport bertajuk "Milan mengusir Raiola", Milan menyatakan bahawa kelab mengekalkan hubungan profesional dengan semua ejen tanpa merampas sebarang hak (mana-mana individu)."

Milan menduduki tempat kedua Serie A selepas keputusan seri 1-1 ketika menentang Inter kelmarin untuk berkongsi 32 mata dengan pendahulu, Napoli.