Apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menggantung penyertaan Melaka United daripada menyertai saingan Piala Malaysia Edisi Ke-101, itu merupakan satu keputusan yang tepat dan bijak daripada pengurusan MFL.

Ia merupakan satu tindakkan tegas yang perlu diambil bagi memastikan kemelut permasalahan gaji ini tidak berlanjutan dan sudah pasti akan memberikan kesedaran kepada semua pengurusan kelab yang bersaing dalam liga bola sepak di Malaysia.




Tindakan ini juga sudah pasti bukan sahaja untuk memberi pengajaran kepada pengurusan kelab, sebaliknya untuk menjaga imej dan jenama MFL sendiri.




Nilai komersial Liga Malaysia (Liga-M) perlu dijaga dengan baik oleh MFL supaya ia tidak menjejaskan nama penaja yang telah membuat pelaburan dengan MFL.

Sekiranya permasalahan ini tidak ditagani dengan tegas oleh MFL ia pastikan akan memberi banyak masalah dikemudian hari. Bagi pengurusan kelab Melaka United pula, mereka perlu cepat untuk menyelesaikan masalah gaji ini dengan segera supaya ia tidak memberi beban kepada pemain-pemain dan pengurusan jurulatih kerana mereka juga mempunyai tanggunjawab untuk dilaksanakan.

Sementara itu, kepada pemilik-pemilik kelab Malaka United mereka perlu duduk semeja dengan pantas supaya kemelut dalaman kelab itu dapat diatasi dengan kadar segera.




Jika masalah yang mereka hadapi itu tidak dapat diselesaikan dengan baik, sudah tentu ia akan menjejaskan persiapan pasukan pada musim hadapan selain akan menghadapi masalah ketika ingin membuat permohonan lesen kelab AFC dan lesen kelab kebangsaan di bawah Unit Perlesenan kelab MFL.

Sekiranya pemilik-pemilik kelab Melaka United itu benar-benar cintakan bola sepak tanah air, mereka perlulah bersikap terbuka dan terus bekerjasama demi kesetabilan kelab.

Ini pengajaran yang berguna kepada semua bukan sahaja kepada pemilik dan pengurusan kelab tetapi kepada pemain-pemain serta jurulatih juga untuk terus bekerjasama sebagai satu pasukan untuk terus meningkatkan prestasi diri dan diterjemahkan kepada sesuatu kejayaan supaya sesebuah kelab itu boleh bertahan.