Lionel Messi telah diketepikan aksi Ligue 1 bertemu Bordeaux ekoran kecederaan, namun penyerang itu dijangka akan beraksi dalam aksi kelayakan Piala Dunia bersama Argentina.

Pemenang Ballon d'Or enam kali Messi digantikan dalam separu masa ketika PSG bangkit untuk menang 2-1 ke atas Lille minggu lalu dan terlepas aksi Liga Juara-Juara berdepan RB Leipzig yang berkesudahan 2-2.

Legenda Barcelona itu terus bergelut dengan masalah lutut dan hamstring dan tidak akan mengambil risiko menentang Bordeaux pada hari Sabtu ketika pasukan Mauricio Pochettino ingin mengukuhkan kedudukan di puncak liga.

"Lionel tidak diturunkan dalam perlawanan hari ini dan tidak akan pergi bersama kami," kata Pochettino. "Kami berharap dia akan bersedia untuk Argentina dan kembali kepada kami selepas itu."

Messi melakukan 15 percubaan dalam saingan Ligue 1 tanpa menemui jaring sejak berhijrah secara percuma dari Barcelona, gagal menjaringkan sebarang gol dalam saingan liga dan tiga yang terhasil menerusi saingan UCL.