Lionel Messi seperti 'diasingkan' di Paris Saint-Germain, menurut bekas rakan sepasukan Thierry Henry.

Messi tiba dari Barcelona dengan perpindahan percuma pada permulaan musim namun pemenang Ballon d'Or enam kali itu masih mencari rentak bersama kelab gergasi Ligue 1 itu.

Walaupun Messi sudah menjaringkan tiga gol dalam tiga penampilan Liga Juara-Juara bersama PSG, pemain berusia 34 tahun itu masih belum menjaringkan gol atau melakukan assist dalam saingan Ligue 1 musim ini.

Bekas rakan sepasukan Messi, Henry, membincangkan mengenai pergelutan yang dihadapi Messi sejak berhijrah bersama pasukan baru itu.


"Dia [Messi] seperti terasing, kurang mengawal bola," kata Henry kepada RMC Sport.

"Saya tidak mengatakan dia sedih, tetapi terasing. Saya gemar untuk meletak dia di bahagian tengah.

"Saya berdepan masalah dengan Leo yang turun di bahagian kanan, jika di tengah, dia boleh mengatur rentak permainan.

"Sesuatu perlu dicari bagi memastikan Mbappe, Neymar dan Messi mampu bergandingan bersama."