Lionel Messi tidak akan kembali ke Barcelona ekoran 'halangan ekonomi dan struktur', kelab mengumumkannya semalam.

Kontrak legenda Barca di Nou Camp teamat pada penghujung musim lalu, tetapi dijangka akan terus memberikan komitmen dengan tawaran baru menjelang musim yang bakal bermula hujung minggu ini.

Messi dilaporkan bersetuju untuk mengurangkan 50 peratus daripada gajinya, menjelang perlawanan Trofi Joan Gamper bertemu Juventus.

Tetapi keadaan kewangan Barca yang mengerikan bermaksud mereka tidak dapat mendaftarkan pemain baru kerana sekatan gaji LaLiga.

Messi, seperti pemain baru Sergio Aguero, Memphis Depay, Eric Garcia dan Emerson Royal, menyaksikan kedudukan mereka dalam tanda tanya.

Dan berikutan laporan yang meluas di media Sepanyol, Barca mengesahkan Messi tidak dapat memeterai perjanjian itu, bermaksud dia 'tidak akan terus dikaitkan dengan FC Barcelona'.

Menerusi satu kenyataan, "Meskipun telah mencapai kesepakatan antara Barcelona dan Messi bagi menandatangani kontrak baru, ia tidak disempurnaka kerana halangan ekonomi dan struktur (peraturan LaLiga Sepanyol)."

"Oleh hal demikian, Lionel Messi tidak akan terus dikaitkan dengan FC Barcelona.

"Kedua-dua pihak amat menyesal kerana hasrat pemain dan kelab akhirnya tidak dapat dipenuhi.

"Barca ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain dengan tulus atas sumbangannya terhadap institusi pasukan dan mengucapkan yang terbaik dalam kehidupan peribadi dan profesionalnya."

Messi diakui secara meluas sebagai pemain terhebat di Barca, dengan menjaringkan 672 gol dan melakukan 265 assist dalam 778 penampilan. Dia telah menjadi sebahagian daripada empat pasukan Liga Juara-Juara, juga memenangi LaLiga 10 kali.

Pemain berusia 34 tahun itu akhirnya mengakhiri penantiannya untuk penghormatan antarabangsa pertama dengan Argentina dalam Copa America tahun ini, tetapi masa depannya kini menjadi satu kebimbangan.

Messi dikaitkan dengan Manchester City dan Paris Saint-Germain ketika pertama kali mengejar jalan keluar Camp Nou tahun lalu.

Tetapi City kelihatan fokus kepada Jack Grealish dan Harry Kane, sementara PSG telah menghabiskan banyak perbelanjaan serta bersetuju dengan kontrak baru Neymar serta membuka perbincangan dengan Kylian Mbappe.

Jangkaan Messi akan kekal di Barca tidak memberikan destinasi seterusnya yang jelas selepas pengumuman mengejutkan itu.