ATLETICO MADRID 1 BARCELONA 2

Lionel Messi meraikan kemenangan ke-400 dalam saingan kompetitif sebagai pemain senior untuk Barcelona.


Bintang Argentina itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86 ketika menewaskan Atletico Madrid 2-1 di Vicente Calderon, semalam.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang membuat penampilan pertama ketika berdepan Porto bimbingan Jose Mourinho pada 2003, telah beraksi sebanyak 566 perlawanan untuk Barca dalam semua kejohanan.

Messi telah tampil dalam 369 perlawanan LaLiga, 112 bagi aksi Liga Juara-Juara (UCL), 61 dalam Copa del Rey, Supercopa de Espana (15), lima kali dalam Piala Dunia Kelab dan empat perlawanan Piala Super UEFA.

Di samping 400 kemenangan, Messi juga terlibat dalam 102 seri dan 64 kekalahan.