Dua gol Lionel Messi membantu Argentina memperoleh kemenangan bergaya 3-0 ke atas Honduras di Miami awal pagi tadi untuk melanjutkan rekod tanpa kalah menjelang Piala Dunia Qatar.

Kapten Argentina itu menjaringkan di setiap separuh masa, jaringan pertamanya terhasil selepas skuad kendalian Lionel Scaloni mendahului menerusi gol Lautaro Martinez di awal permainan.

Argentina tidak tewas dalam 34 perlawanan menjelang perlawanan bertemu Jamaica di New York.

Dengan kekalahan terakhir hadir ketika separuh akhir Copa America 2019, ribuan penyokong Argentina membanjiri Stadium Hard Rock dengan kehadiran sebanyak 64,420 penonton gembira di sebalik aksi cemerlang dipamerkan.

Argentina bakal berdepan Arab Saudi, Mexico dan Poland dalam Kumpulan C di Qatar, mereka bakal tiba di Piala Dunia sebagai salah satu pasukan pilihan menjuarai trofi.