Messi jangka rekodnya bakal dipecah

Penulis Jemputan
Disember 3, 2019 22:28 MYT
Bintang Barcelona, Lionel Messi, berpandangan rekod enam anugerah Ballon d'Or yang dilakarnnya akan dipecahkan pada masa akan datang.
Bintang berusia 32 tahun itu menerima anugerah Bola Emas itu buat kali keenam di Paris semalam, mengatasi pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, dan penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo.
Ketika hanya Ronaldo memenangi anugerah itu sebanyak lima kali, Messi berasakan akan ada pemain lain yang akan merangkulnya lebih daripada enam kali.
"Saya rasa. Saya tidak pasti tetapi ia sesuatu yang tidak mustahil," katanya.
"Rekod dicipta untuk dipecahkan tetapi saya tidak tahu siapa dan bila. Tetapi buat masa ini, saya memegang rekod itu dan sangat gembira."

Sheesh! ? pic.twitter.com/dgFINPTAa1

— FC Barcelona (@FCBarcelona) December 2, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Messi memenangi Ballon d'Or pertamanya pada 2009 sebelum mendominasi bola sepak dunia dengan memenangi anugerah itu pada 2010, 2011, 2012, 2015 dan tahun ini.
Pemain kebangsaan Argentina itu berkata lagi, "Sesuatu yang sukar untuk dibayangkan, meraih Bola Emas buat kali keenam.
"Ia adalah satu kegembiraan meraih enam, penghargaan yang sangat baik diraih oleh individu yang mengundi saya dan ia sesuatu yang membanggakan."