Setelah menghambakan dirinya kepada Argentina selama 21 tahun sebagai pemain bola sepak kini sekali lagi Lionel Messi bakal menghampiri impiannya untuk menjulang Piala Dunia buat kali pertama setelah menewaskan Croatia di separuh akhir.

Gagal pada 2014 apabila tewas kepada German tidak melemahkan semangatnya untuk terus bangkit mengejar impiannya mendakap piala yang diidamkan oleh setiap pemain bola sepak di dunia.

Messi dan rakan-rakannya telah bangkit dari zaman kegelapan Le Albiceleste setelah gagal ke Piala Dunia 2018 di Ukraine sehingga Argentina berjaya menjuarai Copa Amarica pada tahun 2021.

Walaupun dikejutkan Arab Saudi pada perlawanan pertama ia tidak mematahkan semangat Messi dan rakan-rakannya sebaliknya mereka terus bangkit dan memberi tumpuan pada setiap perlawanan.

Apa yang boleh dipelajari dari situasi Messi ini, bagaiamana karektor beliau ketika menghadapi tekanan dan sebagai seorang ketua. Itu yang dihadapai dan lalui oleh Messi sebagai pemenang Ballon de Or sebanyak 6 kali pada temasya Piala Dunia kali ini dan bukan tugas yang mudah sebagai ketua pasukan untuk bermain dengan psikologi bagi memberi motivasi dan semangat kepada rakan-rakannya.

Bukan itu sahaja sebaliknya Messi perlu menjadi contoh di atas padang dengan aksi-aksi yang konsisten dan cemerlang bagi membangkitkan keyakinan rakan-rakannya. Itu satu satu tugas dan tanggungjawab yang sukar daripada pandangan mata penulis kerana faktor usia Messi sendiri yang sudah berusia 35 tahun, namun usia sebenarnya bukan penghalang bagi Messi kerana dia telah buktikan dengan mengemudi Argentina ke perlawanan akhir dengan prestasi yang cemerlang sebagaimana dibuktikan melalui 5 jaringan, 3 umpanan, 27 rembatan, 14 rembatan tepat ke sasaran dan 249 berjaya melakukan hantaran sepanjang Piala Dunia kali ini.

Atas faktor itu juga sebagai seorang yang berpengaruh dan ketua pasukan Argentina, Messi telah berjaya meningkatkan keyakinanan dan semangat rakan-rakan sepasukan untuk terus fokus pada apa yang mereka impikan di Piala Dunia kali ini. Menjuarai Piala Dunia pada temasya adalah merupakan impian Messi dan rakan-rakan sepasukannya kerana pada kali terakhir Le Albiceleste menjuarainya pada tahun 1986 yang diketuai Diego Maradona dan ini merupakan peluang terbaik untuk Messi mendakapnya serta mengapai impiannya untuk menjulang Piala Dunia setelah memgharungi pelbagai rintangan sepanjang temasya kali ini.