Messi buntu cari gol, Griezmann harap Barcelona bangkit

Ammar Hakim
Disember 9, 2020 00:25 MYT
Lionel Messi merekodkan tujuh percubaan tepat tanpa menjaringkan gol ketika Barcelona tewas 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) kepada Juventus, di mana Antoine Griezmann mengakui ia dilihat sebagai panggilan untuk bangkit semula.
Messi telah banyak terlibat ketika Barca berusaha untuk bangkit awal pagi tadi selepas ketinggalan 2-0 dalam tempoh 20 minit pertama di laman sendiri buat pertama kali dalam saingan UCL.
Bintang itu melakukan lebih banyak sentuhan (125) dan bersaing mendapatkan bola (19) lebih berbanding mana-mana pemain di Nou Camp.
Messi turut melakukan 11 percubaan, tujuh daripada menemui sasaran, namun dia tidak dapat mengatasi penjaga gol veteran Juve, Gianluigi Buffon.
Sebaliknya saingan lama, Cristiano Ronaldo, yang membawa pasukannya ke puncak Kumpulan G, menjaringkan dua penalti sementara diapit gol Weston McKennie.
Ia merupakan gol pertama Ronaldo berdepan Barca dalam pertandingan tersebut selepas gagal melakukannya dalam lima pertemuan sebelum ini.
Messi pula gagal menyerlah di depan gol, sejak rekod Opta bermula pada 2003-04, tiada pemain yang melakukan tujuh percubaan tepat gagal menembusi jaring.

7 - Barcelona’s Lionel Messi ?? has had seven shots on target against Juventus (11 in total), more than any other player in a Champions League game without scoring since at least 2003/04. Tireless. pic.twitter.com/QGaAbe0sz2

— OptaJose (@OptaJose) December 8, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Messi merupakan satu-satunya pemain Barca yang benar-benar menguji Buffon, lapan daripada sembilan percubaan daripada rakan sepasukannya gagal menemui sasaran dan percubaan Martin Braithwaite telah dihadang pemain pertahanan.
"Kurang keinginan, sikap. Itu semua salah," kata Griezmann. "Hari yang buruk, perlawanan yang buruk.
"Kesalahan terletak kepada pemain-pemain -- kami yang beraksi. Kami perlu berusaha, menang Ahad ini berdepan Levante kerana ia akan merumitkan lagi keadaan."