Lionel Messi menjadi ejen bebas semalam, tetapi Xavi percaya hanya masa akan menentukan sebelum kapten dan pencetak gol terbanyak kelab itu kembali membuat komitmen bersama Barcelona.

Ketika mewakili Argentina dalam Copa America, Messi memberikan fokus kepada kejohanan, hingga tiba bulan Julai dan masih tiada perbincangan mengenai kontrak baru untuk kekal di Nou Camp.

Ini bermakna kontrak sebelum ini sudah berakhir, menjadikan Messi berpotensi untuk ditandatangani oleh mana-mana kelab ternama Eropah.

Minat daripada Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG) timbul sebelum kembali menyepi selepas mengandaikan Messi akan kekal bersama Barcelona.

Bekas rakan sepasukan, Xavi, berasakan Messi semakin hampir menandatangani semula bersama The Catalan dan yakin pemain berusia 34 tahun itu akan kekal bersama Barcelona.

"Kita harus menunggu," kata Xavi. "Saya membayangkan dia telah bercakap dengan kelab dan presiden.

"Saya mendoakan yang terbaik buat Leo, sebagai bekas sepasukan dan sebagai penggemar [peminat Barcelona], saya berharap dia terus kekal di Barca. Mudah-mudahan, ia dapat diumumkan secepat mungkin."

Xavi berkata lagi, "Sekiranya saya perlu bertaruh, saya akan mengatakan bahawa dia akan terus berada di kelab, walaupun banyak perkara telah diperkatakan dalam bola sepak, tetapi saya akan mengatakan bahawa dia akan terus kekal bersama Barca.

"Leo memerlukan Barca dan Barca memerlukan Leo. Dia gembira di Barcelona; dia telah menghabiskan sepanjang kariernya di sana. Saya akan bertaruh bahawa Leo akan kekal."

Messi sekali lagi sangat berpengaruh untuk pasukan gergasi LaLiga itu musim lalu, menamatkan saingan selaku penjaring gol terbanyak liga (38 gol dan 12 assist) dalam semua pertandingan.

Dia menghasilkan 117 peluang pemain lain dan meledak jaringan setiap 110.32 minit.