Messi alami kecederaan otot paha

Ammar Hakim
Jun 6, 2020 03:01 MYT
Lionel Messi berkejar dengan masa untuk kembali pulih daripada kecederaan otot paha sebelum aksi pertama Barcelona sejak saingan bola sepak ditangguh ekoran coronavirus.
Bintang kelahiran Argentina itu berlatih secara bersendirian semalam.
Barcelona menjelaskan Messi mengalami kecederaan kuadricep yang tidak serius, namun pemain itu mengelak daripada melakukan latihan intensif bagi mengelak daripada kecederaan itu bertambah teruk.
Barcelona yang mendahului saingan LaLiga ketika ini akan meneruskan saingan berdepan Real Mallorca 13 Jun ini.
Kelab menjelaskan lagi , "Messi dijangka dapat berlatih bersama rakan sepasukannya dalam beberapa hari lagi".

Leo #Messi and @ANSUFATI have done specific work in today's training session.

— FC Barcelona (from ?) (@FCBarcelona) June 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Barcelona turut menyatakan bahawa penyerang muda, Ansu Fati turut berlatih secara individu semalam.
Sementara itu, skuad utama akan meninggalkan tempat latihan hari ini untuk sesi latihan di padang Nou Camp.
Barcelona mengatakan di laman web mereka bahawa para pemain akan menuju ke stadium dengan tujuan untuk membiasakan diri bermain di depan tempat kosong, memandangkan permainan akan dimainkan tanpa kehadiran sebarang penonton apabila bola sepak kompetitif kembali bersambung di Sepanyol.