Pengendali Barcelona, Luis Enrique, memuji anak buahnya kerana mempercayai kemampuan mereka untuk bangkit mengatasi Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.

Pasukan gergasi LaLiga itu menunggu pada saat-saat akhir untuk mengejutkan PSG 6-1 di Camp Nou, sekaligus mengesahkan kemenangan agregat 6-5 dalam aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara, selepas tewas 4-0 dalam aksi pertama.

Dengan perlawanan berbaki tiga minit, Barca masih ketinggalan tiga gol -- dan penantian itu tiba apabila dua gol Neymar dan satu gol oleh Sergi Roberto pada minit ke-95 mengesahkan kemenangan.

"Tiada seorang pun daripada kami yang putus asa," Enrique memberitahu beIN Sports.

"Kami telah mengambil risiko besar dalam perlawanan kali ini tetapi ia nyata berbaloi. Dalam bola sepak, kadang kala berlaku penamatan yang istimewa dan hari ini senario itu berlaku kepada kami."

Enrique menambah:"Kunci utama hari ini adalah kepercayaan.

"Meskipun memerlukan tiga gol dengan perlawanan berbaki lima minit, kami terus berjuang."