Pep Guardiola ditanya 'mengapa perlu berhenti' ketika skuad kendaliannya Manchester City berpeluang untuk meraikan kejuaraan liga dengan mengatasi Newcastle United.

City ditabal sebagai juara Liga Perdana Inggeris buat kali kelima -- dan ketiga di bawah kendalian Guardiola -- apabila Manchester United ditewaskan Leicester City Selasa lalu.

Skuad kendalian Guardiola tewas 2-1 kepada Chelsea dalam aksi ujian menjelang final Liga Juara-Juara (UCL), namun rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan di tempat lawan (M20 S2), rekod paling panjang dilakukan kelab Inggeris, menjelang perlawanan dengan Newcastle di St James' Park.

Dengan baki tiga perlawanan musim Liga Perdana sebelum City menentang Chelsea di Porto, yang terakhir dipindahkan dari Istanbul, Guardiola bingung mengapa ada pasukan yang ingin berhenti selepas menjuarai gelaran.


"Ia sangat ketagih. Menang sangat bagus. Anda tidur lebih lena, anda makan lebih baik, anda lebih banyak ketawa, hubungan anda dengan keluarga lebih baik, semuanya lebih baik, kawan anda," kata Guardiola pada sidang akhbar.

"Ia adalah satu ketagihan. Mengapa kita harus berhenti ketika kita masih dapat melakukannya? Mengapa kita tidak harus berusaha untuk menang lagi? Mengapa kita tidak boleh memperbaiki rancangan permainan kita ketika kita dapat melakukannya?

"Dalam latihan, saya melihat perkara-perkara yang masih tidak saya gemari dan kami harus memperbaiki diri ke final. Itu membuat anda berjaya. Apabila anda berasakan sudah cukup, keseronokan untuk memenangi Liga Perdana Inggeris tidak membuat anda merasa sesuatu yang istimewa, atau anda telah mencapai sesuatu dengan mereka, itulah saatnya untuk mengucapkan selamat tinggal.

"Tetapi memandangkan saya mempunyai keinginan untuk menang dan pemain tentu suka bermain bola sepak, kami akan terus berusaha."