LYON 5 METZ 0

Memphis Depay terus mempamerkan aksi mantap apabila meledak dua gol dan melakukan satu bantuan jaringan ketika membantu Lyon menewaskan Metz 5-0, semalam.


Depay, yang berhijrah dari Old Trafford pada Januari, berjaya meledak dua gol buat pasukan serta merencanakan gol buat penyerang, Alexandre Lacazatte.

Bergelut untuk mendapatkan rentak permainan yang cemerlang di United, Depay kini telah meledak tiga gol dalam empat perlawanan.

"Saya sangat gembira kerana berjaya menjaringkan dua gol," kata Depay.

"Saya mampu menjaringkan lebih banyak gol, saya akan cuba untuk meledak lebih banyak gol dalam perlawanan akan datang."