Menjelang perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC esok, difahamkan Nidzam Jamil menjadi nama terkini yang dikaitkan dengan Melaka United.

Bekas ketua jurulatih Felda itu dikhabarkan bakal menyertai Melaka selaku penolong kepada Zainal Abidin Hassan.

Nidzam, yang kini membimbing pasukan pembangunan Felda, masih mempunyai kontrak setahun lagi bersama majikannya.

"Setakat ini, Melaka dengan jurulatih tempatan tidak memiliki sebarang masalah. Biasalah apabila terdapat desas-desus dengan kedudukan jurulatih Melaka menyaksikan beberapa pengendali lain telah mula bertanyakan kepada pihak kelab dalam usaha untuk membantu pasukan," kata Ketua pegawai eksekutif Melaka, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri.

"Setakat ini, masih tiada lagi perancangan untuk menukar jurulatih cuma beberapa perkara yang ditambah baik dalam pasukan, itu harus dijadikan sebagai keutamaan."