Menerusi Ketua pegawai eksekutif, Datuk Seri Justin Lim, Melaka United, telah mengumumkan pelantikan Risto Vidakovic sebagai jurulatih baru bagi menggantikan Zainal Abidin Hassan.

Ia tampak mengejutkan ramai pihak terutama penyokong pasukan susulan kejayaan Zainal membawa skuad Hang Tuah ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu ketika dilanda masalah tunggakan gaji.

Justin turut mengesahkan khidmat pertahanan berpengalaman, Razman Roslan, tidak akan dikekalkan pada musim baru.

Namun tonggak import, Sony Norde kekal bersama Melaka yang sebelum ini dilapor hanya bersetuju menandatangani kontrak baru jika pihak pengurusan mengekalkan khidmat Zainal untuk musim 2022.