McTominay cipta sejarah jaringan berganda terpantas EPL

Muzaffar Musa
Disember 21, 2020 00:54 MYT
Scott McTominay menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit pertama ketika Manchester United menewaskan Leeds United 6-2 di Old Trafford awal pagi tadi.
Dalam perlawanan pertama dua seteru tradisi itu sejak 16 tahun lalu, McTominay membuka jaringan seawal 66 saat pertama apabila melakukan penyudah ke penjuru kanan bawah gawang Leeds.
Ia merupakan jaringan pembukaan terpantas United dalam EPL sejak Robin van Persie melakukannya dalam 31 saat ketika menentang West Ham pada November 2012.
McTominay kemudian menggandakan jaringannya berselang dua minit apabila meluru ke arah hantaran Anthony Martial sebelum melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol, Illan Meslier.
Jaringan berganda pemain kebangsaan Scotland itu dihasilkan dalam tempoh 170 saat -- menjadi jaringan berganda terpantas yang dilakukan mana-mana pasukan EPL sejak Arsenal menghasilkan dua gol dalam tempoh 164 saat ke atas Newcastle United pada Februari 2011.
United mendahului 3-0 pada minit ke-20 menerusi gol Bruno Fernandes dan ia juga merupakan rekod terpantas skuad The Red Devils itu menjaringkan tiga gol dalam liga divisyen utama itu sejak perlawanan menentang Fulham pada 2006.
Dalam perlawanan itu, Fernandes turut menjaringkan gol keenam United sambil Victor Lindelof dan Daniel James juga tersenarai selaku penjaring.

3 - Scott McTominay is the first player in Premier League history to score twice in the first three minutes of a match. Madness. pic.twitter.com/QtFGGS1JXa

— OptaJoe (@OptaJoe) December 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Leeds United #Liga Perdana Inggeris #Bruno Fernandes #ScottMcTominay