Mbappe mahu kekal bersama PSG

Ammar Hakim
Julai 22, 2020 04:05 MYT
Kylian Mbappe berkata dia akan kekal sebagai pemain Paris Saint-Germain (PSG) musim depan 'tidak mengira apa sekalipun'.
Pemenang Piala Dunia itu terus dikaitkan dengan perpindahan meninggalkan PSG, kelab yang disertai dari Monaco pada 2017.
Mbappe menjaringkan 30 gol dalam semua pertandingan sebelum gergasi Ligue 1 itu menyaksikan musim mereka ditamatkan ekoran pandemik koronavirus.
Penyerang Perancis itu akan berpeluang untuk menambah bilangan trofi Piala Perancis, Piala Liga dan dalam cabaran untuk mengejar gelaran Liga Juara-Juara (UCL) serta memberikan bayangan akan kekal di Parc des Princes untuk musim 2020-21.
"Saya di sini, saya akan terlibat dalam projek PSG buat tahun keempat," kata Mbappe kepada beIN SPORTS.
"Tahun ke-50 kelab ini adalah tahun paling penting buat kelab, penyokong dan smeua. Jadi saya akan kekal berada di sini.
"Saya akan membawa pulang lebih banyak trofi bersama pasukan."

RDV au Stade de France ??? pic.twitter.com/bmwH5EMCi8

— Kylian Mbappé (@KMbappe) July 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mbappe turut akan kekal di Paris bersama seorang lagi individu penting, Thomas Tuchel mengakui masa depan Thiago Silva masih lagi belum ditentukan.
PSG mengumumkan kapten pasukan itu akan berhijrah penghujung musim ini tetapi kemudian mengesahkan dia bakal melanjutkan kontrak untuk bersaing dalam tiga lagi baki pertandingan.