Mbappe dedah Antoine Griezmann kecil hati tidak dilantik kapten Perancis

Shaiful Shamsudin
Mac 24, 2023 04:50 MYT
Kylian Mbappe mendedahkan Antoine Griezmann kecewa kerana tidak dpilih sebagai ketua pasukan Perancis, tetapi menegaskan ini tidak beerti dia bukannya lebih hebat daripada mana-mana pemain lain dalam skuad itu.
Ketua jurulatih Les Bleus, Didier Deschamps, mengesahkan bahawa Mbappe akan mengambil alih lilitan tangan daripada Hugo Lloris yang bersara daripada bola sepak antarabangsa pada Januari lalu, sementara Griezmann dinamakan sebagai timbalan kepada bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu.
Mbappe telah memperoleh 66 penampilan untuk pasukan kebangsaan, berbanding Griezmann 117 kemunculan walaupun penyerang Atletico Madrid itu lapan tahun lebih tua daripadanya.
Laporan di Perancis minggu ini mencadangkan Griezmann tidak menerima berita itu dengan baik dan berasakan dia lebih sesuai dengan peranan berkenaan, lantas Mbappe memahami mengapa rakan sepasukannya tersebut kecewa dengan keputusan terbabit.

Didier Deschamps has named Kylian Mbappé as new ??? ????? ???????! ©️ Antoine Griezmann is the vice-captain ?? #FiersdetreBleus pic.twitter.com/Q5ui3hPopT

— French Team ⭐⭐ (@FrenchTeam) March 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya ada berbual dengan Antoine. Dia kecewa dan ia boleh difahami," kata Mbappe dalam sidang media.
"Saya memberitahunya bahawa saya juga akan membuat reaksi yang sama.
"Dia mungkin pemain yang paling penting dalam era Deschamps. Tetapi saya bukan berada di atasnya. Kami akan berganding bahu untuk cuba menjadikan Perancis menguasai di peringkat dunia.
"Jika dia mempunyai sesuatu untuk diperkatakan di hadapan kumpulan, saya akan duduk dan mendengarnya. Kami tidak boleh menutup pintu kepada sesiapa. Semua orang bebas meluahkan perasaan mereka."
Sementara itu, Deschamps menafikan pelantikan berkenaan bukan semata-mata untuk mengambil hati Mbappe.
"Saya yakin dia mempunyai segala kualiti untuk melakukannya," katanya.
#Antoine Griezmann #Kylian Mbappe #Perancis