Kylian Mbappe mencipta sejarah Liga Juara-Juara apabila menjaringkan gol dalam empat perlawanan di peringkat kalah mati menerusi kemunculan pertamanya, ketika membantu AS Monaco membenam Borussia Dortmund.

Ketika perlawanan suku akhir kedua di Stade Louis II pada awal pagi tadi baru berusia tiga minit, penjaga gol Dortmund, Roman Burki, hanya mampu menepis rembatan padu Benjamin Mendy.

Bintang dalam ciptaan, Mbappe -- yang menyumbat dua gol dalam pertemuan pertama selepas turut menemui sentuhan penyudah dalam kedua-dua aksi pusingan 16 bertemu Manchester City -- berada di kedudukan tepat untuk menolak masuk gol pembukaan, sekaligus melebarkan kelebihan Monaco kepada agregat 4-2.

Monaco meraih kemenangan 3-1 untuk mara dengan agregat 6-3.

Mbappe, 18, yang telah merekodkan 12 gol dalam kancah Ligue 1 pada musim ini, turut muncul sebagai pemain termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara untuk menjaringkan lima gol dalam kejohanan itu untuk memperkenalkan dirinya di pentas global.

Pemenang Liga Juara-Juara dengan Real Madrid sebanyak tiga kali, Raul, berusia 41 hari lebih tua berbanding Mbappe ketika pemain Sepanyol itu menjaringkan lima gol dalam pertandingan itu.

Mbappe juga menjadi pemain keenam yang menjaringkan gol dalam empat kemunculan kesebelasan utama awalnya di pentas Eropah sejak Diego Costa melakukannya pada 2014.