Maurizio Sarri mendedahkan bahawa Cristiano Ronaldo sukar untuk dikendalikan dan memenangi Serie A "dianggap sudah terjamin" ketika dia membimbing Juventus merangkul gelaran.

Ronaldo melepaskan kemarahannya terhadap Sarri ketika dia diganti dalam perlawanan menentang Milan pada November 2019.

Sarri menyatakan ketua pasukan Portugal itu tidak memiliki penyudah tajam sepanjang berkhidmat di Turin, tetapi menolak bercakap mengenai soal perselisihan di antara mereka.

Pengurus yang baru dilantik Lazio itu -- dipecat Juve pada Ogos tahun lalu selepas hanya semusim bertugas -- mendedahkan mengendalikan pemenang lima Ballon d'Or itu adalah satu cabaran di sebalik meledak 31 gol dalam 33 perlawanan Serie A.

Dia berkata kepada Sportitalia: "Menguruskan Ronaldo bukannya mudah, dia merupakan 'syarikat multinasional' yang mempunyai kepentingan peribadi dalam pasukan itu. Sudah tentu keadaan menjadi sukar untuk diuruskan.

"Sejujurnya, saya fikir lebih baik saya menjadi jurulatih dan bukannya pengurus yang merupakan sesuatu yang tidak saya gemari. Ia membosankan dan saya lebih menikmatinya tugasan ketika di padang.

"Pengurusan sukar tetapi ada banyak aspek positif yang berlaku memandangkan Ronaldo membantu mencapai keputusan penting pada akhir musim.

"Jelas sekali dia mewakili sesuatu yang mendahului kelab dan pasukan. Dengan pengikut yang ramai, adalah jelas ia melangkaui sesuatu yang normal.

"Dia merupakan produk utama kelab. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya lebih banyak mendengar tentang soal individu berbanding pasukan. Padahal di lapangan ia adalah berkenaan pasukan. Nilai pasukan bukanlah berkisarkan tentang individu."



Sarri memacu Juve mencetak kejayaan Serie A kesembilan berturut-turut dalam kempen 2019-20, namun penguasaan Bianconeri berakhir apabila menduduki tempat keempat sambil Inter menjulang gelaran musim lalu.

Bekas pengurus Napoli dan Chelsea itu berasakan dia mungkin mengambil-alih pada waktu yang salah berikutan jangkaan terhadap pencapaian kelab berkenaan nampaknya telah berubah.

"Kejuaraan Serie A dianggap sudah terjamin. Saya bukan sahaja perlu bercakap perkara yang berlaku di atas padang, bahkan saya juga harus mengendalikan soal dalaman. Kami memenangi Scudetto tanpa meraikannya, semua orang bersikap individu," tambahnya.

"Mungkin tahun yang tepat adalah dalam tempoh ini. Selepas meraih tangga keempat, saya mula melihat mereka meraikannya, keadaan yang ideal mungkin telah wujud ketika ini."