Matyo sudah gantung but?

Muzaffar Musa
April 15, 2024 10:14 MYT
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan bahawa dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, bekas bintang Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu difahamkan sudah menandatangani kontrak sebagai penolong jurulatih skuad B-23 sebuah pasukan di Lembah Klang.
Sebagai rekod, pemain yang mesra dengan panggilan Matyo itu mewakili Harini FT dalam saingan Liga M3 musim lalu.
Sepanjang kariernya, Matyo pernah menyarung jersi skuad kebangsaan sebanyak 83 kali dan menjaringkan 14 gol dari 2007 hingga 2021.

Matyo gantung but ? Di fahamkan sudah menandatangani kontrak bersama sebuah pasukan di Lembah Kelang sebagai penolong jurulatih skuad bawah 23 tahun. @ASTROARENA pic.twitter.com/fyt2KHvaMz

— FinaNasrom (@fnasrom) April 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Harimau Malaya #Norshahrul Idlan Talaha